Karamah tidak akan berlaku kepada orang-orang fasiq yang jelas berbuat maksiat atau beristigasah (meminta perlindungan) kepada selain Allah, kerana perbuatan tersebut adalah antara perbuatan orang-orang musyrik, maka bagaimana mungkin ia boleh dianggap sebagai wali Allah yang mulia?

وَمَنْ يَعِشْ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضُ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِيْنٌ
“Sesiapa yang barpaling dari ajaran Rab Yang Maha Pemurah (Al-Quran). Kami adakan baginya syaitan, itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya”. AZ-ZUHRUF 43:36.
Perbuatan yang dicontohkan ini, tidak ada dalam Islam, kerana Rasulullah dan para sahabat sesudah baginda tidak pernah mengajarkannya. Maka ia adalah antara bid’ah-bid’ah yang diada-adakan. Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda:
اِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الاُمُوْرِ ، فَاِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بَدْعَةٌ وُكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ.
“Jauhilah oleh kamu perkara-perkara yang baru (dalam agama) kerana setiap perkara yang baru itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat”.[Hadis Hasan riwayat Turmizi]
Orang-orang kafir di India ternyata boleh melakukan perbuatan-perbuatan yang lebih hebat dari itu sebagaimana yang telah dinukil oleh Ibn Batutah dalam perantauannya dan telah diceritakan juga oleh Syaikhul Islam Ibn Taimiyah dalam kitab-kitab beliau. Maka bolehkah kita katakan bahawa mereka itu wali-wali yang memiliki keramat? Namun ia adalah antara perbuatan syaitan-syaitan dan merupakan istidraj bagi pelakunya supaya ia bertambah sesat sebagaimana firman Allah Ta’ala:
قُلْ مَنْ كَانَ فِى الضَّلاَلَةِ فَلْيَمْدُدْ لَهُ الرَّحْمَنُ مَدًّا.
“Katakanlah! Sesiapa yang berada di dalam kesesatan maka biarkanlah Rabb Yang Maha Pemurah memperpanjang tempoh baginya”. MARYAM 19:75.
0 komentar on Wali - Wali Syaitan :
Post a Comment and Don't Spam!